Wednesday 8 March 2017

konsep hubungan sesama manusia ( integrasi budaya dalam perayaan)

INTEGRASI BUDAYA DALAM PERAYAAN

Kemesraan komunikasi

o   Kemesraan komunikasi akan terhasil melalui ucapan salam, bertegur sapa, memberikan senyuman, sifat lemah lembut, penyayang dan memberikan sepenuh perhatian ketika bercakap. Kemesraan komunikasi ini selaras dengan apa yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah Ali 'Imran ayat yang ke 27.

Budaya ziarah-menziarah

o   Budaya ziarah-menziarahi atau kunjung-mengunjungi dapat mewujudkan hubungan yang mesra antara kaum atau bangsa. Walau bagaimanapun, beberapa perkara perlu diberikan perhatian ketika melaksanaan amalan ini seperti mendapat keizinan daripada tuan rumah atau rumah rakan yang hendak diziarahi, memberikan salam dan memastikan bahawa kehadiran kita ke rumah mereka tidak mendatangkan kesulitan bagi mereka.

Budaya mengambil tahu

o   Budaya mengambil tahu sesama ahli masyarakat adalah sesuatu yang dituntut oleh islam. Budaya ini bukanlah tujuan mencari keburukan atau menjaga tepi kain orang, tetapi bersikap prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita. Amalan tolong-menolong merupakan satu contoh terbaik dalam budaya mengambil tahu apabila hidup bermasyarakat.

Budaya saling menghormati

o   Budaya saling menghormati adalah amalan yang perlu dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa serta status seseorang. Al-Quran dengan jelas menggesa supaya kita mengamalkan perkara ini seperti yang terdapat dalam surah Al-Isra’ ayat yang ke-70. Sekiranya kita mahu dihormati, maka kita perlu menghormati orang lain. Apabila ada rasa hormat dalam diri, maka terbentuklah budaya saling menghormati, seterusnya masyarakat dapat bersatu-padu dan harmoni.

Budaya mahabbah (saling berkasih sayang)

o   Rasa cinta akan menyebabkan seseorang itu berusaha memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada ditimpa bencana atau mala petaka. Kasih saying akan mengikat umat islam sehingga terjalinnya sebuah mahabbah yang boleh menghilangkan perasaan seperti benci, hasad, dengki dan permusuhan, sehingga membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Hukum Menyambut Perayaan Agama Lain Menurut Islam


o   Ucapan selamat yang diberikan oleh umat islam kepada masyarakat bukan islam ketika sambutan perayaan adalah diharuskan dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan-ungkapan syirik atau kufur.

ISLAM DAN MASYARAKAT MAJMUK

ü  Agama Islam ialah agama rasmi menurut pernyataan Perlembagaan Perseketuan.  Di samping itu, Perlembagaan Malaysia teleh memberikan jaminan tentang hak  kebebasan asasi rakyat di mana agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman.

Menurut Mahmood Zuhdi (1999), antara hak yang jelas disebut dalam Al-Quran dan  sunnah sebagai yang sesuatu perlu dilindungi adalah seperti berikut:

*      Hak keselamatan
*      Hak dan kebebasan peribadi
*      Hak kebebasan tempat tinggal dan bergerak
*      Hak dan bebasan beragama serta berfikir
*      Hak dan persamaan dalam undang-undang
*      Hak dan kebebasan ekonomi
*      Hak dan kebebasan bekerja
*      Hak memperoleh jaminan sosial
*      Hukum Menyambut Perayaan Agama lain Menurut Islam

ü  Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan perayaan yang disambut pada setiap tahun. Antara perayaan yang disambut di Malaysia adalah Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Tahun  Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Natal dan sebagainya dalm konteks Malaysia,  ucapan  selamat yang diucapkan oleh umat yang beragama Islam kepada masyarakat  bukan Islam  ketika sambutan perayaan mereka adalah diharuskan tetapi dengan  syarat ucapan ini  tidak  mengandungi ungkapan-ungkapan syirik atau karut.






No comments:

Post a Comment