Wednesday 8 March 2017

isu-isu kontemporari

PENYEBARAN FITNAH


            Fitnah adalah satu tuduhan palsu yang direka-reka terhadap seseorang bertujuan untuk  menjatuhkan maruah, nama baik atau kedudukan seseorang. Sebagaimana maklum, fitnah juga boleh dilakukan secara lisan ataupun secara bertulis, dan kini ia juga boleh dilakukan melalui laman sosial. Sifat fitnah sering dilakukan di alam nyata ataupun melalui laman social adalah sama sahaja dan kesannya juga adalah sama.

            Pada masa kini, isu fitnah ini bukan sahaja berbentuk percakapan antara dua pihak namun juga dalam bentuk penulisan. Misalnya, dalam komunikasi masa terutamanya dalam blog juga turut wujudnya fitnah. Mana tidaknya, apa yang ditulis oleh orang tidak bertanggungjawab ini boleh menghancurkan perpaduan kaum dan keharmonian yang telah lama terjalin pada suatu ketika dulu. Fitnah merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan sangat dicela oleh mana-mana agama.  
   
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah untuk menentukan keberanannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(surah al-Hujurat ayat 6)

            Dalam undang-undang fitnah telah disiftakan sebagai suatu jenayah kursus dalam kanun keseksaan di Bab 21, dari seksyen-seksyen 499-502 manakala seksyen 499 telah mentakrifkan perkataan “fitnah” dengan agak terperinci dan menyeluruh. Untuk penjenayah yang didakwa dengan jenayah fitnah ini jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. Fitnah yang disebarkan melalui laman social juga boleh termasuk dibawah peruntukan fitnah yang terkandung dalam Kanun Keseksaan ini. 

Ini adalah kerana ia termasuk kepada “penyataan zahir menyiarkan apa-apa tomahan mengenai seseorang. “Yang membezakannya adalah dengan fitnah biasa ialah cara bagaimana ia dilakukan, iaitu melalui penyebaran melalui laman social dan tidak lebih daripada itu, sedangkan tujuan dan motif penjenayah adalah sama iaitu merosakkan nama baik seseorang. Justeru, seksyen 499 boleh digunakan kepada fitnah yang dilakukan di alam siber ataupun media social jika mematuhi syarat dan kecualian  kepada fitnah yang dilakukan di alam siber ataupun media social jika mematuhi syarat dan kecualian yang termaktub dalam kanun keseksaan tersbut.

Selain daripada itu, peruntukan dalam seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mungkin terpakai memandangkan subseksyen (1) seksyen berkenaan juga memasukkan perkataan-perkataan seperti “apa-apa komen, komunikasi lain yang palsu, atau sifatnya, dengan niat untuk menyakiti hati, menganiyai orang lain”. Frasa yang dimaksudkan ke dalam seksyen berkenaan juga boleh diterima pakai dalam kes-kes yang melibatkan fitnah yang dilakukan di computer dan ini juga termasuklah di media-media social seperti facebook, twitter dan sebagainya. 

Walaubagaimanapun, hukuman dibawah akta ini mungkin lebih ringan berbanding dengan hukuman yang diperuntukan di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Sekarang bukan suatu yang mengejutkan apabila begitu banyak penghinaan terhadap perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malay­sia tersebar dalam Internet. Nampak sangat, sesetengah anggota masyarakat kita tidak lagi gentar untuk melempar fitnah dan menyebar berita palsu termasuk tentang banjir di Pantai Timur.

            Bukalah Internet atau pesanan Whatsapp dalam telefon pintar, sudah tersebar berita palsu tentang bencana banjir baru-baru ini. Kalau tidak berhati-hati, kita juga terjebak kerana terpedaya dengan berita palsu.
            Contohnya tentang berita pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Manek Urai yang didakwa runtuh; beberapa mayat dikatakan bergelimpangan di Hospital Kuala Krai, Kelantan yang disorokkan oleh kerajaan akibat banjir; dan juga masalah kesan kekangan peralatan di hospital berkenaan. Sumber berita itu kononnya dipetik daripada pihak yang boleh dipercayai termasuk sebuah stesen berita swasta. Walhal semua berita itu palsu.

            Pengajaran dari surah al-Hujurat ayat enam itu jelas membawa maksud suatu larangan keras terhadap sikap mudah percaya dengan berita yang dibawa oleh seorang yang fasik. Ayat ini menuntut kita supaya sentiasa bijak dan berwaspada dalam menilai sesuatu berita yang diterima. Desas-desus mahupun laporan, terutama yang datang daripada sumber asing dan orang-orang yang tidak mengenalinya perlu diuji dan dibuktikan terlebih dahulu kesahihannya. Dikhuatiri, jika terus dipercayai dan seterusnya diceritakan kepada orang lain pula, maka kesannya akan membawa kemudaratan sehingga menyebabkan kita menyesali akibatnya.

            Ayat tersebut juga menjelaskan kepada kita agar tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman dan memandang jelek terhadap seseorang sehingga menyebabkan orang itu dihukum kerana berita yang tersebar itu mungkin ternyata hanya suatu pembohongan semata-mata. Dari Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Cukuplah seseorang itu sudah dianggap berdosa dengan dia menyebarkan segala berita yang didengar tanpa disiasat terlebih dahulu.” (HR Muslim).

            Hakikatnya, masyarakat yang beriman dan berakhlak ialah masyarakat yang tidak mudah menerima dan mempercayai sesuatu berita itu dengan terburu-buru melainkan diselidiki terlebih dulu dengan saksama kebenarannya. Jika tidak ingin tergolong di kalangan orang-orang yang dikutuk Allah kerana penyebaran fitnah, maka berwaspadalah terhadap gejala-gejala yang menjurus ke arah itu.
            Jauhilah daripada memfitnah, berbohong, mencaci, mencarut, memaki hamun, mengutuk, membuat hukuman sendiri, menggalakkan keganasan, menghasut perbuatan jahat dan menyebarkan khabar angin yang kini bermaharajalela di dalam media sosial. Ia merebak umpama wabak dengan amat cepat lantas sukar untuk kita menepis dan melaksanakan perintah Allah sepertimana perintah Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat ke-enam itu.

            Sesungguhnya, sehebat manapun satu fitnah dan kebohongan itu direka, ia tidak akan bertahan lama. Serapat dan seketat mana satu pendustaan itu cuba ditutup-tutupi, suatu saat ia pasti akan terdedah baik dengan cara yang disengaja mahupun tidak disengaja. Hanya kebenaran sejati akan terpacak kekal selamanya.

            Penyebaran maklumat dan fitnah melalui media sosial yang berlaku dewasa ini suatu saat mungkin berubah wajah dalam bentuk dan wahana lain sesuai dengan peredaran zaman. Namun yang pasti, segala bentuk fitnah dan maklumat liar tidak akan berhenti meskipun alat perantaranya sudah berubah. Tiada pilihan lain bagi umat Islam semua itu mesti dihadapi. Hanya dengan keimanan dan ketakwaan sahaja yang mampu menyelamatkan kita daripada perangkap maklumat dan fitnah yang sentiasa mengintai kita.


ü  Suatu kisah yang telah diriwayatkan berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW boleh dijadikan teladan mengenai penyebaran fitnah


   Perbualan antara Rasulullah SAW dengan seorang sahabat, Rasulullah SAW ditanya, “Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?” Lalu jawab Baginda, “menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!” Kemudian Baginda ditanya lagi, “bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?” jawab Baginda, “kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar).”
                                                                        (Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi)

ü  Hadis tersebut jelas menunjukkan kepada kita pembohongan ataupun ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) itu ialah sesuatu perkara yang dikutuk di dalam Islam.

ü  Fitnah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan adalah dilarang sama sekali dalam Islam.

ü  Fitnah mampu mendatangkan kesan buruk ke atas agama dan masyarakat (Suhaimee & Rusyda Helma, 2012).

ü  Dalam dunia sains dan teknologi ini, fitnah mudah tersebar melalui pelbagai medium teknologi sepeti Whatapps, Facebook, laman sesawang, telegram dan lain-lain.

ü  Dalam arus pemodenan dan diringi dengan kemajuan dalam teknologi dan komunikasi, manusia hari ini boleh menyebarkan fitnah dengan cepat dan mudah.

ü  Teknologi maklumat menjadi pemangkin kepada penyebaran fitnah dalam media massa pada hari ini kerana keghairahan pengguna yang tidak menggunakannya secara berhemah untuk perkara-perkara yang bermanfaat.

ü  Oleh disebabkan itu sebagai pengguna yang bijak dalam arus pemodenan ini haruslah berfikiran panjang jika ingin menghantar maklumat atau membaca sesuatu maklumat kerana ianya boleh disalah ertikan jika maklumat tersebut tidak benar.

No comments:

Post a Comment