Wednesday 8 March 2017

konsep hubungan sesama manusia ( konsep kejiranan )

KONSEP KEJIRANAN

Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah ajaran mengenai hidup berjiran atau kejiranan. Faisal Othman (1994) mentakrifkan jiran tetangga ialah setiap orang yang tinggal di rumah-rumah di sekitar rumah kita.

AKHLAK TERHADAP JIRAN

o   Menghormati jiran dan pengamalan mereka (kehidupan mereka) selama tidak membawa mudarat.

o   Tidak menyakiti jiran dan memelihara keamanan dengan jiran.

o   Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat.

o   Membantu dan menolong mereka apabila dalam kesusahan.

o   Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka

HAK-HAK JIRAN

o   Jika ia meminta tolong kepadamu, engkau akan menolongnya.

o   Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.

o   Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.

o   Jika ia sakit engkau akan menziarahinya.

o   Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya

o   Jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya.

o   Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya.

o   Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya.

o   Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit daripada makanan itu.

o   Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya.

o   Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan  olehnya dan janganlah membiarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya, kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut.




No comments:

Post a Comment